Tiada lawatan ke Korea yang lengkap tanpa pergi ke Pulau Nami. Itulah yang dapat saya taip di keyboard untuk post kali ini. Pulau Nami menjadi destinasi idaman ramai setelah ianya menjadi lokasi penggambaran drama sensasi Korea, Winter Sonata. Terletak 63 km dari Seoul pulau yang berbentuk bulan sabit ini kelihatan seperti daun besar yang terapung di tengah sungai Han (wow, pulau tengah sungai). Pulau Nami terbentuk melalui mendapan batu dan pasir di Sungai Han manakala pembinaan Empangan Cheongpyeong mengukuhkan keadaan geografi pulau di tengah sungai ini.
Pulau Nami berkeluasan 460000 meter persegi dengan ukur lilit 5 km dipenuhi dengan flora dan fauna. Padang rumput dan taman pokok cherry, deretan tulip, cherry dan pokok ginko, tupai melompat2 dan burung unta pengintai di celah pokok, semuanya indah , harmoni dan menenangkan jiwa.
Bilakah masa yang sesuai untuk pergi ke Pulau Nami?
Apabila masa merangkak menghampiri April, Salji mula hilang dan diganti dengan bungaan yang mekar menandakan spring fever melanda. Bunga tulip pelbagai warna menjelmakan keindahannya. Cherry Blossom @ sakura muncul pada waktu tertentu dan singkat (awal hingga pertengahan april). Cuaca dingin nyaman dari 10 hingga 20 darjah celcius. Musim bunga sehingga bulan Mei
Musim panas (Jun-Ogos) bukan masa yang agak sesuai untuk ke Pulau Nami mahupun ke Korea. Suhunya panas dan mentarinya amat terik hingga terasa bagai menggigit kulit. tapi bagi orang Korea dan warga negara musim sejuk, musim panas adalah masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti outdoor.
Ramai mengatakan masa yang paling sesuai untuk melawat Pulau Nami adalah musim luruh (pertengahan sept-awal nov). Daun bertukar kuning, jingga dan merah dengan keunikan yang tersendiri. Suhu juga dingin dan nyaman jadi berjalan pun tak penat sangat.
http://myfir2u.blogspot.com/2013/02/tempat-menarik-di-korea-pulau-nami.html
0 komentar:
Posting Komentar