Rabu, 05 Februari 2014

Bagaimana untuk pergi ke Pulau Nami?

Pulau Nami terletak di luar Kota Seoul. Terdapat 3 cara untuk ke Pulau Nami dari Kota Seoul

1. Dengan menaiki Bas
Merupakan cara yang selesa untuk ke Pulau Nami anda boleh menaiki bas yang terus ke jeti Pulau Nami. Hentian bas di Taman Tapgol berhampiran Insadong dan di Jamsil. Tambang dua hala berharga 13000 won untuk dewasa dan 11000 won untuk kanak-kanak. Bas bergerak pergi ke Nami pada jam 9.30 am dan bergerak pulang dari nami ke Seoul pada jam 4.00 pm. Sistem bas ke Nami ialah first come first ride. Jadi jika risau bas penuh anda boleh buat tempahn awal dengan menelefon pihak pengurusan Nami (02-753-1247)



pelan kedudukan hentian bas di Tapgol Park, Insadong 


2.Menaiki keretapi ITX
Keretapi terbaru yang menghubungkan Seoul dan Nami. Mudah serta selesa. Keretapi ini berbeza dengan subway kerana kurang perhentian dan setiap tiket ada nombor seat. So tak payah nak berdiri kalau ramai orang. Anda perlu mendapatkan tiket dan menaiki keretapi di Stesyen Cheongnyagni, naik keretapi ITX Cheongchun line dan turun di Stesyen Gapyeong. Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit dengan tambang 5700 won sehala. Kemudian naik teksi untuk ke jetty Nami. (Jangan takut naik teksi..kalau driver tu tak faham bahasa inggeris cakap je “Namisom “ kat driver tu, mesti dia faham). Tambang teksi lebih kurang 3000 won.
Tiket ITX boleh di beli di ITX ticket machine yang terdapat berhampiran pintu masuk utama Stesyen keretapi Cheongnyagni. Anda juga boleh membuat tempahan awal tiket ITX di http://www.korail.com/
Stesyen Cheongnyangni merupakan stesyen yang besar. Apabila anda dah dapat tiket, ikut tanda yang bertulis ITX Cheongchun- Gapyeong untuk menaiki keretapi yang betul. 




3.Keretapi Biasa

Kalau tak berjaya dapatkan tiket bas or ITX train, pilihan terakhir ialah menaiki keretapi biasa ala2 subway. Kelemahan cara ini ialah kurang selesa, kene berebut tempat duduk kalau ramai orang( takkan nak berdiri sepanjang perjalanan jauh), banyak berheni kat stesyen dan perlu transit n tukar train. Anda beleh naik keretapi dari stesyen Cheongnyangni. Tiket tak perlu ditempah dan boleh dibeli terus di kiosk tiket. Beli tiket ke stesyen Gapyeong. Naik keretapi dan transit di Stesyen Sanbong. Seterusnya naik keretapi Gyeongchun line.(kalau tak sure mana satu just follow signboard yang ada tulis Gapyeong n naik train yg ada tulis Gapyeong kat platformnya). Turun di stesyen Gapyeong n naik teksi ke Nami 

Apabila dah sampai ke jeti boat ke Pulau Nami, pergi ke kaunter tiket untuk naik boat n ke Pulau Nami, Harga tiket 10000 won untuk pergi dan balik tapi sometime dapat diskaun 8000 won je harga tiket.


menyusuri sungai han untuk ke Pulau Nami. 


peta Pulau Nami untuk panduan pelawat. Pastikan anda cuci mata di segenap inci tanah di Pulau Nami tau. Pengalaman saya kali pertama di Pulau Nami ingatkan dah jalan semua spot menarik, rupanya saya tak pergi ke deretan pokok yang dalam drama winter sonata tu. Punya lah rugi, so bila pergi kali kedua saya jalan di semua spot dalam peta tu...heee

Keindahan Pulau Nami sungguh unik sehinggakan saya nekad untuk menyeludup mak dari Malaysia  agar mak menikmati sendiri Pulau Nami ni pada musim luruh yang lepas... jom tengok gambar orang kampung di Pulau Nami







Satu benda lagi yang best di Pulau Nami ni, mereka peka dengan keperluan pengunjung muslim. Terdapat surau dan restoran halal di sini
bangunan yang menyediakan surau di Nami

Restoran lunchbox di Pulau Nami ada pengiktirafan Halal dari Korea Muslim Federation 


0 komentar:

Posting Komentar

Template by:

Free Blog Templates